Pelukis Melayu Ke England – Essay on Surya bin Mohayani

Title | Tajuk : Pelukis Melayu Ke England – Essay on Surya bin Mohayani
Magazine | Majalah :  Majalah Mastika
Author | Penulis : –
Date | Tarikh : February 1956
Page | Mukasurat : 12 – 13

Orangnya sederhana, selalu senyum, dan mempunyai misai yang kelihatannya dipelihara dengan baik. Dialah yang melukiskan gambar-gambar yang disiarkan di muka tengah (lihat sebelah) keluaran Mastika bulan ini.

Namanya Suri bin Muhaini, seorang guru sekolah Melayu.

Saudara Suri ialah seorang pelukis Melayu yang terkenal di Singapura. Beliau berumur kira-kira 30 tahun. Perhatiannya atau permulaannya melukis ialah dalam tahun 1935. Dan sejak itu ia terus giat dalam lapangan ini di bawah petunjuk dan didikan gurunya, Tuan Richard Walker, Art Superintendent Singapura.

Berbicara tentang seni lukis (Melayu) di Singapura (juga Persekutuan), nama saudara Suri tak dapat ditinggalkan, seperti juga orang tak dapat meninggalkan nama-nama C. Mahat, Nas Achnas, Pak Aman dan lain-lain lagi.

Dalam lapangan kebudayaan umumnya, seni lukis adalah isi kebudayaan yang tak dapat ditinggalkan. Bagaimanapun, kegiatan-kegiatan dalam lapangan ini belumlah dapat mengimbangi kegiatan-kegiatan dalam lapangan kesenian lainnya, seperti seni sastera, seni tari, seni suara dan lain-lain lagi.

Seni lukis, seperti juga seni sastera dan lain-lain, tidak langsung mendapat sokongan dari pemerintah. Dengan demikian, perkembangannya selalu menjumpai liku-liku yang sukar dilalui. Bagaimanapun, usaha-usaha dari beberapa orang yang mempunyai kegiatan yang besar, seperti saudara Suri, memberikan kepastian pada kita bahawa lapangan ini tidaklah tinggal dalam keadaan beku, meskipun hanya dipikul oleh beberapa orang saja.

Sikap pemerintah yang tidak langsung berusaha mendorong dan menggalakkan rakyat dalam lapangan kebudayaan ini memberikan pengertian kepada kita bahawa pemerintah dengan sengaja melemahkan kebudayaan rakyat, dan di samping itu pula, telah menanamkan kebudayaannya melalui saluran-saluran yang tertentu, seperti sekolah-sekolah dan lain-lain.

Pemerintah seolah-olah terpisah langsung dengan kebudayaan rakyat negeri ini dan menganggap pihaknya tidak bertanggungjawab dalam memberikan kehidupan kepada kebudayaan rakyat.

Pengiriman saudara Suri ke London ini ialah perhatian pemerintah yang pertama kepada salah satu cabang seni. Inilah pertama kali seorang pelukis Melayu menerima scholarship dari pemerintah, iaitu Jabatan Pelajaran Singapura. Saudara Suri XXX berada di England selama kira-kira tiga XXX untuk melanjutkan pelajaran dalam lapangan seni lukis.

Atas permintaan Tuan A.J. XXX, pengerusi British Council XXX Art Society, saudara Suri telah XXX pertunjukan lukisan-lukisannya XXX British Council Singapura XXX hari mulai tanggal 6 Januari XXX.

Kira-kira 64 lukisan cat air XXX, indian ink dan XXX dipertunjukkan sebagai hasil XXX selama 5 tahun.

Di antara sebanyak itu, tidak pun terdapat lukisan yang XXX “modern art”, suatu bentuk XXX yang terkenal di Eropah dan juga XXX menjalarkan pengaruhnya di Indonesia. XXX ditanyakan kepada saudara Suri XXX lukisan yang disebut “modern art” agak payah sehingga tidak sebuah XXX diciptanya, saudara Suri tertawa.

“Lukisan ‘modern art’lah XXX sekali paling senang membuatnya XXX. Pembahagian warnalah yang terlalu XXX. Tambahan pula, ‘modern art’ ini XXX jauh ke depan jika dibandingkan XXX keadaan masyarakat kita.”

Kita mengharapkan perhatian XXX terhadap lapangan kebudayaan ini XXX lebih besar dan lebih banyak lagi XXX dengan hasrat rakyat yang ingin XXX kebudayaannya bersama dengan XXX politik di tanahairnya sendiri.

 

Comments are closed.